Friday, April 30, 2010

saya gadis gebu yang jiwang

Contengan Cik Mussalmah pada 10:27 AM
Saya rasa : 
0 bagi komen

C.I.N.T.A itu banyak pengertian
Carilah pasanganmu yang telah mengenalimu sebenar-benarnya
baik lakumu dan buruk sikapmu
setiap yang kita lakukan biarlah JUJUR
tanpa keJUJURan itu
hidup sentiasa menjadi mainan orang

Oleh itu
jangan tertarik kepada seseorang kerana rupa parasnya
sebab keelokkan paras boleh menyesatkan
Jangan pula tertarik kepada kekayaannya
kerana kekayaan itu boleh musnah dalam sekelip mata

Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum
kerana hanya SENYUM
dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi CERAH

jika seseorang hadir dalam hidupmu
dan menjadi sebahagian dari hidupmu
tetapi atas sebab tertentu
dia terpaksa pergi
janganlah bersedih
terimalah kenyataan itu
kerana
sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakanmu
suatu ketika dahulu

tetapi
apabila datang yang lain
dalam hidupmu
jangan biarkan ia berlalu pergi
kerana mungkin ia takkan kembali lagi

*pilihlah orang yang mencintai dirimu daripada kamu mencintai orang lain*

♥.♥.♥.♥.♥.♥.♥.♥.♥.♥.♥.♥.♥.♥.♥.♥.♥.♥.♥.♥.♥.♥.♥.♥.♥.♥.♥.♥

buat geng rangkaian, saya sebagai orang tengah menasihati:
antara dua, pilihlah salah SATU daripadanya. buatlah pilihan yang terbaik. sesungguhnya kalian beruntung kerana ramai yang menyayangi kalian. ingatlah. kamu sentiasa bernasib baik berbanding orang laen.

Tuesday, April 20, 2010

mak [bahagian 1]

Contengan Cik Mussalmah pada 5:00 AM
Saya rasa : 
0 bagi komen
minggu lepas aku balik kampung. huh. jauh. kat masjid tanah.
ohh. bai de wei, aku dok umah kakak aku kat melaka baru, batu berendam.
ehehehe.. yela, tak dok kat kampong kan. sebab tu aku cakap aku balik kampong. walaupon tak jaoh mane. wahahaha..

emm.. sebenarnye aku malas nak balik kampong. tp mak aku da macam ngajuk lak aku tak balik. baru 2 minggu x jumpe. rindu la tuh.
bukannye aku xnak balik. adoii.. korang tahu la da nak hujung-hujung bulan ni. poket semakin bocor. aduhh..

nak kene pikir duit minyak kete lagik.. duit makan lagi.. huhuhu..
bajet larik la beb sebab kakak aku baru pas tunang aritu [op cos la aku kne sponsor sket..]

hmm.. nak dijadikan cite.. aku rase bersalah lak kalo x balik. sepupu aku nak tunang. so, dengan sepantas kilat, my mum terchenta offer anaknye (a.k.a aku le tu) menjadi driver menghantau rombongan pertunangan..



aku serbe salah. majlis tunang ari sabtu. ari khames malam baru bgtau suh balik.. aduss..


hmm.. nak tak nak.. terpaksalah aku balik gak.. ari jumaat tu aku demam terok. batuk, selsema..



dengan segagah badang baru lepas cirit birit, aku drive balik ke kampung dengan berbekalkan RM50 jekk. sepanjang perjalanan, aku berasa tak sedap hati. yela, aku call mak aku, die x angkat.. 29 kali!!!


aduss.. apsal ni?? marah sangat kat aku.. aduhhh... merajuk ke?? rase bersalah lak.. adoii...

trus, aku mesej kakak aku. mase tu pukul 7.30 pm:

kak, orang amek ko eh. orang takutla nak balik sendiri. mak marah orang. orang call mak x angkat. marah tol mak. hmm.. okelah.. nnti orang tunggu depan kilang ko.
kakak aku balik keje kul 9.oo pm. so, aku terpakse la tunggu depan kilang. da la tengah demam.. terpaksa menunggu 1 jam lebih.. aduhh...

... bersambung...
[crite ni lom klimax lagi]



Monday, April 12, 2010

kafir??

Contengan Cik Mussalmah pada 4:14 AM
Saya rasa : 
0 bagi komen
hari ini dalam sejarah
salah seorang kawan facebook aku panggil aku "KAFIR"

aku tersentak..
lalu bergenang air mata ku
entah la..
mengapa aku rasa sedih sangat

hina sangat ke aku??
BESAR sangat ke salah aku??

semuanya bermula kerana..
aku tidak memberi salam
"assalammualaikum warahmatullah wabarakatuh"

aku baru nak hiburkan hati die
aku tahu die ade masalah

sebagai kawan
aku cume nak hiburkan hati die..
salah ke??

dunia ni memang adil kan??
ada mase kite rase bahagia sangat
ade mase kite sedih sangat..

terima kasih Ya Allah
aku terima seadanya
dugaan dari-Mu ini

aku tidak salahkan dia
semuanya memang salahku..

kepada sahabatku itu..
semuga dirimu gembira dan bahagia selalu

ingatlah..
aku tidak menyesal mempunyai kawan sepertimu..
tapi aku bersyukur berpeluang mengenalimu
dan berkawan denganmu

♥♥♥♥♥♥♥♥♥

kawan tu bkn mcm main FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak..
kawan tu bkn mcm main SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak...
kawan tu bkn mcm main RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..
kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang..
kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.
kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..
kawan tu bkn mcm KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..
kawan tu bkn mcm CHIPSMORE.. kejap ade kejap takde..
kawan tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.
lagi..... kawan tu mcm ape ye????

Haa..kawan tu mcm AWAK la. . bila saya hantar msg, awak akan baca msg saya dgn teliti sampai habis.
Walau ape pun tanggapan org tentang kawan.. bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya.

terima kaseh sahabatku


Thursday, April 8, 2010

kawan yang sempurna

Contengan Cik Mussalmah pada 9:30 PM
Saya rasa : 
0 bagi komen
KAWAN..
sesungguhnya
aku rasa sangat bertuah
bersyukur atas kurniaan-Nya
dikelilingi kawan-kawan
kawan yang rapat
kawan tidak rapat


huh..
tak kisahlah
korang rapat @ tidak dengan aku
yang penting
aku rase bersyukur sangat dapat kawan-kawan mcm korang


ada kawan yang muda dari aku
ada kawan yang sebaya dengan aku
ada kawan yang ANTIK dari aku [hehehe]
ada kawan yang panas baran
ada kawan yang cool
ada kawan yang sempoi
ade kawan yang complicated

ahahaha...
tapi...
aku bersyukur..
aku dikurniakan kawan-kawan seperti kamu..

aku HANYA mahu kamu tahu..
seUNIK mana pun diri mu itu kawan..
kamu semua tetap SEMPURNA di mataku...

♥ hugs and kisses ♥


Tuesday, April 6, 2010

hati wanita

Contengan Cik Mussalmah pada 3:31 AM
Saya rasa : 
0 bagi komen
terjiwang plak post kali ni..
ahahaha.. bukannye ape.
Ingat tak pada entri aku terdahulu.. "perigi cari timba! salah kah?"
Mungkin ini kesudahannya..
*************************************************************************
Wanita berjiwa lembut..
Namun jangan lah sesekali mengambil kesempatan keatas dirinya..
Mungkin wanita mudah untuk jatuh hati
tetapi untuk mendapatkan cinta sejati adalah sangat sukar..
Sekiranya wanita telah menemui cinta sejatinya
sampai mati pun cintanya tetap satu..
meskipun tiada siapa yang pernah mengetahuinya..

*************************************************************************

aku dah rase penat plak mengejar cinta yang belum pasti aku dapat..
kate adikku, si dia tu mcm "MERPATI"..
Jinak bukan sebarangan.. Jinak-Jinak Merpati..
sebab itulah aku rasa aku dah tak mampu nak pikat merpati tuh..
biarla die dengan jinaknya.. mungkin suatu hari nanti..
merpati itu berjaya dipikat oleh orang lain..
manalah tahu kan??


** try berpikiran positif tetapi dalam hati rase macam menelan semangkuk semut api**



Sedeh!! sampai hati awk buat saya PERASAN!!!



 

♥ aku gadis gebu ♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review