Monday, June 28, 2010

adakahDIAjodohKAMU?

Contengan Cik Mussalmah pada 6:38 AM
Saya rasa : 
0 bagi komen

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda. Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan.

Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga.

Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.

Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik. Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat.

Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

** Renungkanlah sedalam-dalamnya**
**terharu**

dicedok dari fesbuk salah seorang teman! elok dikongsikan bersama!

Sunday, June 27, 2010

akuPENATbodo!

Contengan Cik Mussalmah pada 8:18 AM
Saya rasa : 
0 bagi komen
pernah tak korang merasa
yang korang rase penat sangat
penaaattt sangattt!!!!

tu la aku rase sekarang!!!
PENAT SANGAT-SANGAT-SANGAT!!!

melayan kerenah orang
melayan masalah diri sendiri
melayan perangai MELAMPAU insan-insan lain

adehhh
aku dah tak KUASA
nak layan PE"EEL sesetengah orang

sila jaga PE'EEL sendiri la ye!
jangan suke menyusahkan orang
kelak orang malas nak layan kita!
kelak orang tak suka kita
kelak orang membenci kita

*pesanan untuk diri sendiri juge*


.AKU PENAT.BOLEH TAK KAU BAGI AKU RUANG SIKIT! TERUTAMA WEEKEND OK!!!

Wednesday, June 23, 2010

remove HIM!

Contengan Cik Mussalmah pada 10:58 PM
Saya rasa : 
0 bagi komen
jeng.. jeng.. jeng...

aku da remove En. A
dalam friendlist aku dalam fesbuk
kalo aku tak buat cenggini
mesti tiap2 hari aku nak tengok fesbuk die!

huh!
berubahlah!
time to change my mindset!!

mula berfikir untok diri sendiri
tak mahu berangan-angan kosong lagi
fokus kepada kerjaya n family!!


you go girl!!!
tsamina mina zangalewa
this time for ME!!!!

tiade niat MENCURI

Contengan Cik Mussalmah pada 10:23 PM
Saya rasa : 
0 bagi komen

bateri AA yang aku TERcurik!! adehh..



adehh... pagi tadi aku g pasaraya M
nak beli ayer mineral untok opis
sambil2 cuci2 mate2 tu
aku pon beli gak bateri AA
untok jam kat umah
dan pen untok diri sendiri

da lepas bayau
aku pon tolak la troli aku le
sampai tingkat bawah pasaraya M tu
aku baru perasan!!!

Bateri AA yang aku amek tadi
tak BAYAU lagi
aku tak perasan kat dalam troli tu
sebab ayer mineral tu membuatkan
bateri tu tak nampak
di mata aku yang bundar neh

adehhh... malasnye nak naek atas balik!
huh
tanpa rase bersalah
aku pon tolak la troli
dan pulang ke opis
lalalalala...

HALAL la ehh
bukan salah aku!
apsal SENSOR kat pasaraya M tu tak munyik!!!

adehh..




-buat muke tak bersalah-
-bertambah dose ku-


biol!

Contengan Cik Mussalmah pada 9:00 AM
Saya rasa : 
1 bagi komen


huh...



Hanya ORANG BIOL je yang kenal ORANG BIOL!!!

...................................

.sekian.

Tuesday, June 22, 2010

bukan dia!

Contengan Cik Mussalmah pada 6:41 AM
Saya rasa : 
0 bagi komen
kan saya cakap, BUKAN DIA!!!
adehh...
tak paham ke??
BUKAN DIA!!!



betul la!!!!
BUKAN DIA!!!!
ye!!
bape kali nak ulang???
memang BUKAN DIA!!!

huh.
paham pon.









emmm...
eh! ape lagi ni???
adehhh...
memang BUKAN DIA la!!









ok! fine!!!
ye!!!

MEMANG DIA!!!

MEMANG DIA!!!

MEMANG DIA!!!

puas???

Friday, June 18, 2010

cinta harus diucapkan

Contengan Cik Mussalmah pada 4:17 AM
Saya rasa : 
2 bagi komen
Kendati cinta dapat diwujudkan melalui tindakan dan perbuatan,
tapi cinta sebaiknya harus diucapkan.

Bagaimana dia tahu kalau kita mencintainya,
jika cinta itu kita pendam di hati saja.

Bagaimana dia kan membalas cinta kita,
kalau dia tidak pernah tahu bahawa kita mencintainya.



= aku lemah || aku lebih rela memendam perasaan dari terus kecewa lagi || tidak mungkin perigi mencari timba lagi =

aku serik!


En. A, andai kita ditakdirkan bersama, aku akan menyayangimu dengan sepenuh jiwaku!


Thursday, June 17, 2010

warkah terakhir istrimu [lelaki wajib baca!]

Contengan Cik Mussalmah pada 2:42 AM
Saya rasa : 
4 bagi komen
"Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakitnye. tak tahan saya.." keluh Nisa pada suaminya Zakri.

"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pada Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran.

"Come on Nisa u can do it...once more...." Kata-kata ransangan Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak.

Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.

Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung. Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa.

"Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri .

"Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa.

"Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi.

"Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kan Nisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri.

"ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap camtu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur.

Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah.

"Woi, benda-benda tu boleh terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa.

"Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif. Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya.

Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa.

Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya.

Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong.

Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri.

Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja" Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.

Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis. Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan membengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah cafe. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain.

Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri.

"Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi.

Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari.

"Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I datang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau ikut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri.

Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam....

"YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil...

"Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya, so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang. Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari, Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan, kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya.

Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri muka surat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

Assalamualaikum.

Abang,

Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa?

Abang...muka surat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.

Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa.

Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malang kerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini.

Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang... Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita.

Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.

Ikhlas dari

Nur Nisa

"Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH, Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis :

"HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KE AKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewaktu jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya. Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri.

"Nisa, Abang minta ampun dan maaf"
bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.

Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya... meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...

YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis.

"YA ALLAH , Zakri, Zakri.. bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis.

"Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah...".

Emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa....

Wednesday, June 16, 2010

rumput paling chantek!

Contengan Cik Mussalmah pada 11:46 AM
Saya rasa : 
0 bagi komen
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan diatas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi.

**Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas**


maafkan aku mata!!

Contengan Cik Mussalmah pada 3:52 AM
Saya rasa : 
0 bagi komen
aishh..

mood sekarang : blur
keadaan fizikal : lemah tenaga batin. err.. silap! lemah longlai
keadaan mental : terumbang ambing

adehh..

aku ngantok sebenarnye. bukan sebab baru lepas makan.
tapi sebab aku tak cukup tido. eh. betul lah. tak cukup tido tau.
semalam... err.. ezekli hari ini aku balik umah dari OPIS kul 5.30 a.m. 5.30 am hokey!

semalam tolong other department siapkan dokumen untok meeting 8.00 am. huh.
5.30 am siap sume fail, 8.00 am setat miting. adeh. naseb baek aku dtg menolong je. atas kesedaran sivik.

sampai dirumah kul 5.50 am.. tanpa segan silu, aku terus mencampakkan diri ke atas katil ku. adehh.. letihnye! aku sedau-sedau dah kul 10.oo am. huh. masok lewat nampaknye. malam ni kene tolong lagi wat fail dokumen untuk miting sok! whut da fissshh.. ade miting lagik! adehh..

sumpah tak tipu aku ngantok sangat-sangat sekarang. tapi apekan daya.
nak tido, takot sampai esok aku tido. aku mahu minta maaf kepada mataku kerana memaksa ia terlalu bersekang mata. eh? betul ke ayat aku ni?

okeh la. ntah ape la aku merepek ni. memang da mengong da arini. jumpe di laen post ye! nak tido sejam dua. sejam dua ke? adehh.. bai.

p/s : betul ke kalo kite tak cukup tido, kite boleh jadi kurush?? hmm.. [terlalu berharap nak jadi kurus] ahahaha.. nonsen!!!

Tuesday, June 15, 2010

bila cinta

Contengan Cik Mussalmah pada 1:36 AM
Saya rasa : 
0 bagi komen
jom touching-touching


Filianti Vlee - Bila Cinta (OST Lagenda Budak Setan)

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan


Monday, June 7, 2010

huruf A

Contengan Cik Mussalmah pada 5:20 AM
Saya rasa : 
2 bagi komen

aku baru menyedari
yang aku ni
mudah sangat suke kat orang yang bernama
bermula huruf
A

kenapakah?
mengapakah?
bagaimanakah?
bilakah?

adeh
nape eh?
semacam ade aura tau
orang yang nama bermula dengan huruf A ni

aduhh
apesal la aku ni suke sangat kat orang yang name
bermula dengan huruf tu
ikut statistik perjalanan hidup aku
jumlah orang yg bernama bermula dengan huruf A
yang muncul dalam hidup aku adelah
92.85%

wahh..
macam buat thesis la plak
jom kite lihat personaliti berdasarkan nama

A
Kamu tidak terlalu romantis, tapi kamu tertarik dalam bertindak || Artinya bisnis. Bagi kamu, apa yang kamu lihat adalah apa yang kamu dapat || Kamu tidak memiliki kesabaran untuk mengkritik dan tidak dapat diganggu dengan orang yang mencoba terlihat lemah, manis dan menggoda || Kamu adalah orang yang ada di baris terdepan || Kamu sering tidak mendapat petunjuk dan kamu tidak pernah memberikan petunjuk || Bentuk fisik pasangan sangat penting buat kamu. Kamu melihat proses pengejaran dan 'berburu' sebagai proses yang menarik || Kamu berhasrat, dan menjadi lebih berpetualang daripada kelihatannya, namun, kamu tidak mengiklankan diri sedemikian rupa || Kebutuhan fisik kamu adalah hal yang terpenting || Kamu cenderung menjadi egois dan tidak emosional || Kamu dan kebutuhan kamu adalah yang terpenting || Yang lain dan perasaan mereka nomor dua || Pilihan kamu tidak terlalu bagus dan sering membawa kamu ke dalam masalah||

**maaf ya. ada dalam bahasa indonesia sahaja**


Sunday, June 6, 2010

andai dia tahu isi hatiku

Contengan Cik Mussalmah pada 7:36 PM
Saya rasa : 
1 bagi komen

macamane kalo kamu ade kat tempat aku?
aduhh..
sungguh berat ape yang aku tanggung
nape aku asek mengingatinya?
nape aku tak boleh melupakannya?

huh
pelik bukan?
jatuh cinta pada orang yang kamu tidak kenal

adeh
bagaimana aku nak mulakan bicara
untuk mengenalinya?
bagaimana caranya aku mahu
mendekatinya

adehh
aku buntu
aku buntuu
aku buntuuu

mahu saja aku ckp padanya
"awk, saya suka awk. saya akan jaga awk dengan baik "
huh.. x boleh la ckp camtu
nampak sangat aku gelojoh

huh
ok.
gotcha!
bagaimana kalo begini
"hai awk. sihat x arini? da mkn?"
adeh.. ni lagi x best.
skema penyu laut da neh

hmm..
dah la
aku malas nak pikir

andai awk tahu isi hati saya
saya nak cakap yang
saya nak jaga awk sampai bila-bila
saya nak bagi awk sepenuh kasih sayang kat awk
dan saya nak awk tahu yang
ade org yang mahu menyayangi awk setulus hatinya

wahh..
ayat jiwang
keh keh keh.

mulai sekarang
saya nak panggil awk
"awak yang sy suke diam-diam aje"
[segan]

nak luahkan tapi!!!!!!
argghh..
malas nak pikir!
dah! dah!
.buat keje tuh.


Friday, June 4, 2010

lagenda budak setan [pic capture]

Contengan Cik Mussalmah pada 12:04 AM
Saya rasa : 
0 bagi komen

ohohohoho..
dimase aku boring ni
aku banyak snap gambar-gambar
dalam trailer

LAGENDA BUDAK SETAN

chantek permandangan dalam cite ni!
i like!!!

enjoyy~~



chantek kan??


ayu



ayu dan kasyah







permandangan yang "waww"



hensemnyee... ehehehe..




suke fazura dalam cite ni. i like!!










kesedihan yang berulang


= kisah cinta 2010 =


Thursday, June 3, 2010

lagenda budak setan

Contengan Cik Mussalmah pada 8:35 PM
Saya rasa : 
0 bagi komen
semalam aku da tengok cerita

LAGENDA BUDAK SETAN

sebelum melangkah ke dalam wayang
i'm wondering..
boleh ke cerita ni menceritakan
sama seperti dalam buku ahadiat akashah
yang tebal tuhh..
sempat ke??

so, layan je..
hmm.. quite ok
aku malas nak komen
sebab aku bukannye pengkritik filem

ahahaha
cukuplah
aku katakan
yang filem ni
agak menyentuh hati

ekceli
aku menangis tgk scene last die
time kasyah kat............
eh.. uolss kene tgk sendiri la

sumpah!!!
dalam wayang
dok ramai yang
sob sob sob sob
menangis!!!
even kawan aku pon
wakakakaka

aku pelik
apsal aku tak menghayati filem ni sangat
aku ni sebenarnya
orang yang mudah bermain dengan perasaan
mudah touching tau
tapi
entahlah
ade la bergenang air mata sikit
ehehehe..


last scene tu memang aku menangiss
sedeh beb!!!

by da way..
pergila tgk cerita ini
sebab:

1. kisah cinta yang menyayat hati
2. tibe scene aksi percintaan, mmg sweet gile2 aksi lisa dan farid kamil.. aduhhh..

3. sinematografi yang cantik

4. tibe time lawak, memang lawak habiss..

5.macam-macam lagi la..


okeh!
ape tunggu lagi! g la tgk!!




saya dah fikir masak masak!

Contengan Cik Mussalmah pada 7:57 PM
Saya rasa : 
0 bagi komen
sebenarnye berat hatiku untuk meluahkannya
tapi apakan daya
tak tertanggung di jiwa aku ini
aku sudah tidak dapat mengawal perasaanku

its over
yes!
its over
our relationship is over

maafkan aku sayang
aku tak bisa menerima dirimu lagi
aku terpaksa
kerana aku menyukai orang lain

huh
sadiskan alasan tersebut
hmm
tapi sebenarnya
ada alasan utama yang aku pendamkan
tapi
biarlah aku pendamkan semuanya

maafkan saya, awak
awk baik
saya yang jahat
hati saya yang berubah
maafkan saya

apa pun yang terjadi
saya tetap kawan awak

saya tak pernah kesal
mengenali awak
segala kenangan dengan awak akan saya ingati

saya nak awak ingat
kalau jodoh kita panjang, insyaAllah..
kita akan ditemukan kembali

maafkan saya awak
maafkan saya


semuga awak berjaya
belajar rajin-rajin ya!
senyum selalu sebab
senyuman awak maniss~~

salam terakhir


 

♥ aku gadis gebu ♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review