Thursday, November 4, 2010

Misteri nye!

Contengan Cik Mussalmah pada 7:04 AM
Saya rasa : 
2 bagi komen


Siapa dia agaknya ye?

Dia memang MISTERI lah!!!

Dah lama kawan dengan dia

TAPI

Kompiuslah!!!

hmm.. ape ape pon

thanks for being my new friend!







nak sangat kenal awk dengan lebih rapat

ceewahh..

ahahaha...



Berkawan biar berjuta kan?

(^.^)

Tuesday, November 2, 2010

Mood Bilik Tido Baru!

Contengan Cik Mussalmah pada 4:19 AM
Saya rasa : 
4 bagi komen

Yeay!

Sabtu lepas aku telah kemas dan mendekoret bilik comel baru ku
yelah!
nak tido best punye pasal!
barang-barang kakak aku dah clear dah
aku transfer sane sini
ahahaha

perasan tak?
katil aku nampak tinggi kan?
tu sebabnye
tilam katil aku tu tiga layer
tu lah sebab tinggi
dan
LEBIH EMPUK!
wahahaha



nampak tu?
wall-sticker yang aku beli khas untuk
bilik kesayangan aku ni

walaupun bilik ni kecik
tapi still aku sayang!

yelah!
bilik bujang!
comel kan wall-stiker tu

(^_^)



cadar ni aku rembat mak aku punye
ahahaha

nak beli cadar
tak mampu lah!
kebas rumah punye je la
kan senang..

corak cadar pon comel
bunge-bunge pepel

i like!!



Tapi...

Cube tinguk sarung bantal
tak same kan?

aku saje je nak wat kelainan
tu yang pakai sarung bantal lain
nampak beza siket

yang penting bantal bucuk aku ade!
tuu..
yang warne merun tu!
comel kan?
macam tuan die gak!
ahahaha..


[sebenarnye aku tak jumpe sarung bantal cadar ni]
diam-diam sudah

(^.^)


so, kesimpulannye
aku sayang benor dengan bilik aku ni!
simpel je

tak perlu bajet yang tinggi untuk hias bilik
gunakan ape yang ade je

tak perlu bilik yang besar
asalkan...

BILIK itu

BERSIH dan KEMAS!

kan?


Friday, October 29, 2010

bila kali terakhir fall in LUV??

Contengan Cik Mussalmah pada 1:14 AM
Saya rasa : 
0 bagi komen

Fall in LUV??

dua hari lepas tinguk muvie LIFE AS WE KNOW IT..

Dr. Sam tu memang swit..

*heart melting*

ahahaha..


Saye ni memang mudah Fall in LUV,

tapi

bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi kan?


walau takkan berbunyi pon

saye still rase

bersyukur kerana mempunyai perasaan itu!! really enjoy it!


[Kaunter Pertanyaan Di sini]

Thursday, October 28, 2010

yaTidak?

Contengan Cik Mussalmah pada 1:01 AM
Saya rasa : 
0 bagi komen


katakan aje TIDAK!

nanti dia akan kata YA!


nice quote rite??

Wednesday, October 27, 2010

kenapa pagi ni x hujan?

Contengan Cik Mussalmah pada 6:44 PM
Saya rasa : 
0 bagi komen

eh, tempat kamu tak hujan ke? mungkin kamu ada di gurun sekarang~ =P

Ask me anything

Monday, October 25, 2010

bintang bercahaya sepoloh!!

Contengan Cik Mussalmah pada 3:27 AM
Saya rasa : 
0 bagi komen
Today : 25.10.10

adehh.. lame tol beta tak hapdet blog comel beta neh..
[ceh.. gune kata nama dolu2 lak.. ahh!! biarlah.. ahaha..]
sebenarnye beta agak kemalasan nak hapdet blog neh sebab beta tak tahu nak conteng hape..

baidewei,
beta sekarang sudah pindah istana hinggap.
maksudnye beta telah mengambil keputusan untuk hinggap di istana bonda beta.
sebelum ni, beta hinggap di istana kekanda beta.
Kesimpulannya sekarang, beta berulang-alik dari melaka-masjid tanah setiap hari.
uhuhuhu..
kos untuk minyak unta beta WHY 695 pon akan naik lah!
*sigh*


tapi tak apalah!
sekurang-kurangnya beta buleh menjaga bonda beta.
kekanda sulung beta kan baru sahaja "married"..
Tahniah Kak Noor dan Abang Salim!

adeh.. penat lak berbeta-beta nih..
[memang takde tokoh nak jadi princess!!]..


aku malas dah nak taip.. bawah ni aku apload gambau ape yang aku nak cite sebenarnye..



silalah kaji dan stadi lukisan aku ni eh!

Ape yang tak best :
  • bilik kecik
  • bilik paling belakang. rasa takut bile tido malam-malam
  • bilik bocor bile hujan. T.T
  • Bau tak best [baru je beli parfium Glade untuk harumkan bilik baru aku tu]

Ape yang BEST :

  • dapat duk dengan mak
  • dapat makan masakan mak tiap-tiap hari
  • dapat spend masa dengan mak
  • dapat dengar suara mak tiap-tiap hari
  • dapat manje-manje dengan mak
  • dapat dengar leteran mak tiap-tiap hari [ bangun tido lambat.. ahaha]
  • dapat bawak mak jenjalan
  • dapat makan breakfast, lunch, tea break, dinner and supper dengan mak!
  • SEMUANYA demi MAK!!!


tak kisah lah bilik tu bocor ke, sempit ke, paling belakang ke...
ASALKAN dapat duduk serumah dengan MAK!

Sayang MAK sangat!!!

Jangan jeles ye..

(^_^)

Mak is everything for ME!!!


*macam tak kene je kan tajuk blog ni dengan contengan aku ni??"
lantak lah!
ahahaha..

Tuesday, October 5, 2010

Antara Barbie Doll dan Teddy Bear

Contengan Cik Mussalmah pada 7:29 PM
Saya rasa : 
2 bagi komen

pempuan ni ada DUA

satu - macam BARBIE DOLL

satu lagi macam TEDDY BEAR


semua org nak yg kurus cantik macam BARBIE DOLL

tapi

.................


secantik-cantik BARBIE DOLL pon

bile pelok TAK BEST...



kadang-kadang

yang

g.E.m.U.K c.0.M.e.L

macam TEDDY BEAR tu jugak

yang sedap dipelok..

[pada yang berbentuk badan macam teddy bear {saya pon termasuk dalam kategori ini}, jangan rasa rendah diri. kita pun ada kelebihan!!!

Yang penting
hati musti BAEK dan HAPPY

Tuesday, September 28, 2010

♥ Kekanda Adinda Love Song! ♥

Contengan Cik Mussalmah pada 4:37 AM
Saya rasa : 
3 bagi komen
Ai sume! bulan ni i suke sgt dua buah lagu yang i slalu dengar kat HOT FM
i rase best sgt.. catchy!
nice sgt2..

1st song:

Kekanda Adinda
by Monoloque & Atilia


Walau ade yang cakap lagu ni tak best, ntah hape-hape la lagu ni tapi...
i still rase lagu ni BEST SANGAT!!!
cute sangat!
macam lagu lama-lama
old skool gitu..
ehehehe..

mesej yang lagu ni nak sampaikan pon bagus!
seswai untuk pasangan yang dah mendirikan rumah tangga.
yelah.. sebagai guideline..
isu ni mmg dah realiti sekarang!

suara Monoloque ni sweet sgt! sedap!
aww.. [hati dah terpaut berbunga-bunga
]
seswai dengan suara Atalia!
Suke sangat!!
the best song ever!!



**suke tgk monoloque ni. sweet sgt. selamba je. rambut die pon sempoi je! love it!**


Kekanda Adinda
by
♥ Monoloque & Atilia


Oh Kekanda, Jangan iri hati, Dinda naik pangkat lagi
Oh Adinda, Kanda mana dengki, malah Kanda support bini

Jadi Dinda mahu mengambil masa
Tapi Kanda mahu segera
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Tapi Kanda mahu cahaya mata

Dinda belum bersedia
Kanda dah beria ria
Jadi yang mana satu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
Oh Kekanda, Dinda perlu berhati-hati, tak rela dikongsi

Kanda kerja overtime, terlebih masa
Itu yang Dinda harus berwaspada
Ini semua demi masa depan keluarga
Dengan Dinda atau sebaliknya

Kanda kerja malam
Dinda kerja siang
Jadi bila nak bertemu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda
Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda
Oh bagaimana? Bagaimana kita nak selesaikannya?
Apa keputusannya?

Oh Kekanda mari nyawa, kita cuba komunikasi
Oh Adinda mari sayang, kita cuba toleransi

Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan
Kanda polar kutub utara
Dinda kutub selatan
Komunikasi, sikap toleransi, itu yang kita perlu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Walau kita sering dengan cara masing-masing
Kanda yang Perdana
Dinda yang Utama
Kanda segalanya
Dindalah nyawa
Kita tetap bahagia bila bersama sama
Bahagia bersama
Bersama selamanya
Bahagia selama-lamanya

**next song yg i minat post yang berikut eh!! sabar!!**
=) enjoy!

Monday, September 27, 2010

Antara Dua

Contengan Cik Mussalmah pada 10:53 AM
Saya rasa : 
0 bagi komen

Antara kawan dan kekasih

yg mana harus ku pilih?
kawan pengubat kesunyian
kekasih penyembuh kelukaan

antara kawan dan kekasih

yg mana harus didahulukan
kawan tempat mengadu
kekasih tempat bermadu

antara kawan dan kekasih
keduanya tak bisa ku sisih
kawan menghulurkan bantuan
kekasih memberiku sokongan

antara kawan dan kekasih
keduanya aku harapkan
kawan sekuntum senyuman
kekasih sepenuh perhatian

antara kawan dan kekasih
bilakah akan ku temui
kawan sejujur kata
kekasih setulus setia

andai kawan itu kekasihku
andai kekasih itu kawanku
akan ku hadiahkan
sedalam lautan
setinggi kayangan
kasih sayang yg tiada sempadan...

Terima Kaseh Ya Allah!

Contengan Cik Mussalmah pada 10:34 AM
Saya rasa : 
0 bagi komen
Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

1. untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, kerana

beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci
pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan
berpeleseran.

3. untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu
bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita
cukup makan.

5. untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan
rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai
tempat tinggal.

6. untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih
lagi boleh mendengar.

7. untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu
bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana
itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.

9. untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu
bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.

10.untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu
bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...


~Terima Kaseh Ya Allah atas segala kurniaan-Mu~

Friday, September 24, 2010

Walimatul Urus

Contengan Cik Mussalmah pada 7:21 AM
Saya rasa : 
0 bagi komen
(klik gambar untuk paparan yang lebih besar)

Jemput datang ye sahabat-sahabat!

Aippp..

Kakak saya yang kawen la.. Saya?
emm..
Sampai serunya, insyaAllah..
berserah padaNya je.
Jodoh pertemuan di tangan tuhan kan??
(^_^)

SELAMAT PENGANTIN BARU KAK NOOR!
SEMOGA BERKEKALAN HINGGA KE ANAK CUCU!
.AMIN.

p/s : Lepas kenduri ni mak dah buleh tido malam. Anak dara sulungnya baru je kawen. Anak dara keduanya pun dah kawen siap dah ade 6 org zuriat. Cume anak dara bongsu je tak kawen lagi! Cemane nak kawen?? Umo baru 24.. Duit tak kumpul lagi, CALON pon tak ade! Haishh.. Mak suh saya cari jodoh cepat-cepat! Pening! Adehh..

Ade yang sedang mencari jodoh tak? ahahaha.. =P
*_*

Tuesday, September 14, 2010

Demi Untuk MAK!!!

Contengan Cik Mussalmah pada 8:07 PM
Saya rasa : 
1 bagi komen

MAK!!!

Alhamdulillah..

Tahun ni diizinkan Allah S.W.T untuk beraya bersama keluarga tercinta.
Maseh diberikan juga kesempatan lagi mencium tangan dan pipi MAK di pagi hari raya.

Namun..

Sedihnye tak sempat nak rakam kenangan raya tahun ni @ tangkap gambar raya
sebab sibuk mengamalkan konsep 5M (diperkenalkan oleh En. Hisyrizal) iaitu
Makan.. Makan.. Makan.. Makan.. dan Makan..

ahahaha...

.................................................................................................

Raya tahun ni aku plan keje sampai hari khames (petang raya) sebab dalam hati dah niat takmo kemas umah. ahahaha.. tapi apakan daya..

Setiap niat tak baik takkan direstui oleh Allah SWT..

Hari Selasa malam, aku ngan kak Shareen sibuk dok mengemas opis sampai pagi. Orang laen sibuk mengemas rumah, kami sibuk mengemas opis! Macamlah sedara mara nak datang beraya di opis! =.=

Hari khames tu plak, Tengahari tu aku ngan kak shareen niat nak mengulau! ahahaha.. aku plan nak beli baju raya.

Sampai Melaka Mall, kete aku plak problem. Temperature tetibe je naik! adehh.. naseb baik sempat masuk parking. uhuhuhu.. tu la! niat tak baik! uhuhuhu.. time kaseh kepada Seneng dan Mr. Alan (mekanik yang paling jujur aku pernah jumpa!) sebab tolong baiki kereta kesayangan ku itu!

terbang gak lah RM30!! =.= takpe, demi keselamatan ku juge!

MALAM RAYA - tibe di umah mak kul 8.10 malam. Anak buah-buahan sibuk maen mercun ngan bunga api! syoknye jadi kanak-kanak.Teringat zaman mude-mudi dulu, Takyah pikir pasal kemas umah, pasang langsir, masuk kueh raye dalam balang, tukar kusyen! adehh.. zaman tu dah berlalu pon! masuk je dalam rumah...

YA ALLAH.. RUMAH TAK KEMAS LAGI!!

adehh.. kakak aku cakap, jap lagi die nak kemas. tunggu anak buah-buahan aku tido dulu. Fuhh.. Lega! leh la aku rehat-rehatkan badan. Almaklumlah penat tak hilang lagi + tak cukup tido! tapi semua penat tu hilang, bila mak panggil masuk bilik dia. mak cakap "Adek dah ade baju raya lum?" aku cakap " ade! " mak cakap "Ooo.. mak ingat adek tak ade baju raya lagi. Mak dah tempahkan baju raya untuk adek"

terharu sungguh rasanya!!


Time kaseh mak!! Sayang MAK!!!


kul 11 malam, kakak aku yang beria nak kemas umah tuh dah berbongkang tido!!! sume orang da tido! tinggal aku ngan anak buah aku yg kedua je yang tak tido lagik!

tak bole jadik ni. malam tu jugak aku basuh pinggan mangkuk, kemas dapur, mencarik balang kueh raye dalam rak berhabuk, angkat sofa, susun sofa, lap sofa, betulkan langsir, sapu sampah, bla.. bla.. bla.. akhir sekali isi kueh raye dalam balang! waktu tu pukul 4.10 pagi! huh! naseb baek anak buah aku yang darjah 3 ni tolong! kalo tak, pingsan lah aku wat surang-surang!!! =)

aku tak ingat kul bape aku terlelap, aku sedar-sedar aku tengok mak aku tengah dok sapu ubat kat ibu jari tangan aku yang membengkak. mase tu baru pukul 5 suku pagi.Time kaseh mak sebab sapu ubat kat ibu jari adek! sayang mak!! pas tu aku terus sambung tido balik..

MISI TERCAPAI : kemas umah dengan bersungguh-sungguh! tiap-tiap tahun pon memang macam ni. Orang laen tido, aku sibuk tung tang tung tang kemas umah di malam raya! =.= baru niat takmo kemas umah, tapi apekan daya! Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita!

1st Syawal - Lepas Solat Hari Raya, balik umah. Makan-makan. then baru sesi salam menyalam. mintak maaf. pastu sesi hulur duwet raya! pastu sambung makan lagi. Dalam kul 9.30 pagi, baru gerak gi kubur Abah (rindu abah!! T.T).. baca Yasin dan curah air kat kubur abah. muge arwah Abah tenang di sana. Amin.

Balik dari kubur, aku makan lagi! Dalam kul 3.00 petang baru gerak gi umah kakak tiri aku. kat sana makan 3 pinggan nasi lemak! Perghhh!! memang sedap sangat nasi lemak kakak aku ni! feberet aku tu!!! =P

sayang kak ros!! pastu terus beraya kat umah paklong dan pak ngah sampai kul 9 malam.. huh.. syoknye raye!!!


2nd Syawal - Rumah diserbu oleh ramai saudara mara! adehh.. tak menang tangan! aku plak, 2 3 kali gi kedai beli ais ngan lemang! adehh.. penat.. dalam kul 4 petang baru lah boleh releks siket. Tu pon mak aku dok mengajak beraya rumah saudara mara yang laen! aku plak penat sampai tertido! bangun tido, tengok mak aku dok merajuk kat dalam bilik! adehh.. Makk.. Maapkan adek ye. tuday penat sangat! sok kite gi beraya eh! sayang mak!

3rd Syawal - huh! bangun pagi, mak aku dah kerah semua orang mandi! Cepat!! nak gi beraya ni! kang lambat!! yela2.. taim nak gerak, aku tengok, tayau kete kesayangan aku plak pancit! satu tayau nak kempis, satu tayau dah koyak sangat! tapi, kete aku ni spesel. dalam keadaan begitu pon boleh dilenjan sampai masjid tanah! WHY 695 - aku sayang kamu!

Sampai kedai tayar, aku suh cina tu tukau tayau seken hen je.. almaklumlahhh.. bajet larikk plak!!! mak aku plak cakap "tukau je la yang baru!!! kan senang. lagi selamat!!! " dalam hati aku menangis.. "mak.. adek tak cukup duet nak tukau tayau baru. mak seponser lahh!! ehehehe.. " tak disangka-sangka mak aku bayar 1/2 harga tayau! macam dia dengar je kata hati aku ni!

SAYANG MAK!!! TIME KASEH MAK!!

aku plak kenelah bayau yang separuh lagi la. Terbang lagik RM100..

takpe! aku tahu! Allah tahu ape yang terbaik untuk aku! Maybe kalo aku tak tukar tayau or amek tayau seken hen, takot tak selamat. Dah la yang aku bawak adelah mak aku! Time kaseh Ya Allah! Lepas tukau tayar(siap wat belensing ngan eliment skali tuu..) boleh la jalan raye puas-puas!


MASJID TANAH - KLEBANG - TANJUNG BIDARA - BUKIT SENGGEH, NYALAS - PAYA IKAN - BACHANG - ALAI(makan ikan bakau) - MASJID TANAH!

Fuhh.. jauh giler berjalan raye! =P aku? Penat tak terkata!!! yelah! aku drive, sume tido!! T.T
takpelahh!! dah tugas sebagai DEREBAR!!

Jauh dilubuk hati aku, aku tak kisah!
Demi untuk menyenangkan hati MAK!!
adek sanggup jadi DEREBAR mak sepanjang hidup!!
Sayang MAK!!!!


Monday, September 6, 2010

Suami Orang

Contengan Cik Mussalmah pada 4:10 AM
Saya rasa : 
2 bagi komen

Adehh..

Dah bersawang blog aku ni..
lama dah tak update!
yela, sibuk kerje.. sibuk bermukabuku.. sibuk berdot dot dot..
kehkehkeh..

sebenarnya aku da lame nak luah pasal SUAMI ORANG ni
tapi aku simpan saje dalam hati..
yelah.. ♥♥ SOAL HATI ♥♥ ..
kene la simpan dalam hati!

adehh...

begini...

......................................

tersebutlah al-kisah..
eh.. jap.. macam cite dolu-dolu lak..
hmm...

aku hairan lah!
kenapa kebanyakan lelaki yang berstatus SUAMI ORANG
suka bergalak-galak dengan perempuan lain
sedangkan isteri begitu taat kepadanya??

tak cukup kasih sayang kah??
tak cukup belaian manja kah??
tak cukup cinta kah??

kalau tak cukup semua tu..
masakan lahirnya anak-anak
hasil benih kasih sayang cinta dia dan isterinya??

kalau ditanya berkenaan hal ini,
pantas je jawabnya..
"Eh.. Apa kau kesah! Aku kan LELAKI.. Quota kan ada 4.. maseh ada 3 yang kosong!!"

Aku sebenarnya bukan nak SPOTLIGHT isu POLIGAMI ni..
dan aku tahu..
ternyata itu kelebihan yang ALLAH berikan kepada kaum ADAM..
boleh didampingi 4 orang isteri..

TAPI..
jangan guna alasan itu untuk sesuka hati
membuka cawangan di sana sini
pokok pangkalnya
kaum ADAM kene sedar dengan kemampuan diri sendiri
MAMPU ke tanggung DUA orang ISTERI??
MAMPU ke jadi AYAH yang ADIL??
MAMPU ke menyara anak-anak??

MAMPU ke???

secara jujurnya..
andai aku telah berkahwin nanti
aku izinkan suami aku berkahwin lain
sekiranya dia menyatakan hasratnya itu
TAPI
dia mestilah BERKEMAMPUAN dan ADIL!

cuma aku kesal..
ada sesetengah lelaki yang tidak hormat perasaan isterinya
contohnya..
[kejadian ke atas diri aku]

suatu malam..

tett tett.. tett tett..
mesej diterima
dari En. Suami Orang

" Hai sayang.. buat apa tu?" "Ai.. tak buat ape.. duk-duk je. Nape?"
"Rindulah!! tak rindu abg ke?"

aku malas nak balas..


terus bunyi panggilan telefon..
Panggilan Diterima
Dari En. Suami Orang

" Ello. Salam. Mus watpe tu? da makan?"
"Adeh.. kan da tanye tadi.. tgh duk2 je. da makan dah."
"Oooo.. makan tak ajak abg pun. Dengan sape tu?"
"Sorang je. Abg kat mane ni?"
" Kat umah lah.."
"Oooo... wife abg mane?"
" Dia dah tidur da.. Abg kat bilik lain ni.. Rindu kat Mus.. tu yang fon tu.."
" Adehh.. watpe rindu kat mus lak?? abg kan dah ada isteri.. "
"Ala.. abg nak manja-manja dengan mus.. boleh tak??"

WTF!!!

Papp..
aku letak tipon
adehh...
ape punye lelaki lah macam ni
isteri tengah tidor, dia sibuk telefon pompuan lain..

aku malas nak melayan..
terus aku matikan fon..

Namun, aku tahu
kaum HAWA juga akan dipersalahkan
" Alah.. yang pompuan tu gedik melayan SUAMI ORANG kenapa??"
" Isteri aku tak pandai layan aku kat umah. ape salahnya aku cari pompuan lain??"

oii cik abang..
jangan nak salahkan isteri-isteri lak
dulu kamu bercinta bagai nak rak!
kentut pon bau wangi!!

mana pergi sumpah janji setia tu semua??
tak fikir ke kalo wife kamu tahu yang kamu ada perempuan lain??
ape perasaan wife kamu tu??
tak kesian ke??
sampai ke hati nak lukakan hati ibu kepada anak-anak kamu tu??

now dah kawen..
anak berderet-deret..
boleh la kamu wat alasan isteri tak pandai layan kan??

DAN

pompuan-pompuan single yang lain plak
yang korang ni suka sangat melayan suami orang ni kenapa??
dah gatal sangat ke??
korang tak rasa kesian ke kat isteri suami orang tu?
memanglah suami orang ni STABIL, CARING, PENYAYANG bagai
tapi korang pikirlah!
korang nak ke SUAMI korang bergayut ngan pompuan laen bile korang tido??
korang nak ke SUAMI korang cari pompuan laen??

"ala.. suami aku takkan cari pompuan lain.. aku CANTIK!!"

cehh.. korang ingat cantik tu tiket kebahagiaan ke??
ramai jugak isteri-isteri orang yg chantek-chantek belaka ni
kene madu,
kene tinggal, kene cerai, kene TIPU!!

satu je yang kite kene pegang..
"ANDA BUAT, ANDA DAPAT"
Apa yang kita buat sekarang, di lain masa orang akan buat sama ape yang kita buat.
ingat!! Kalau tuhan nak tunjukkan, DIA akan tunjukkan..
DIA bayar CASH tau.. $$$

ehh.. terEMO lak..
ehehehe...
aku berharap agar jika aku tak melayan golongan SUAMI ORANG ini sekarang
mudah-mudahan bakal suami ku nanti tidak mengejar perempuan-perempuan lain..

.amin.

Tuesday, August 24, 2010

150 Juta

Contengan Cik Mussalmah pada 1:32 AM
Saya rasa : 
0 bagi komen

baru aku tahu kehadiran lagu ini. best!


150 Juta - Fynn Jamal (klik untuk dgr/download)

♥ ♥ ♥

Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
"Hei kenapa kau masih lagi mahu kan dia?
Apa kau buta? apa kau pura-pura suka?"

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu persatu:

"dia mungkin bengis seperti SINGA
tapi dia nangis tonton CERITA KOREA
dia mungkin KERAS bila bersuara
tapi dia jelas JUJUR apa adanya--

AKU LAGI KENAL DIA"

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
"Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Kau sangat manis, aku ini pula dawai besi"

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
"Apa kau lihat pada aku, jujurkan saja"
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata:

"sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau salahnya saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua--

SAYA KENAL SAYANG SAYA"

Buat apa dicerita, bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya, peduli orang kata
Baju ronyok tak apa, asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna, kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi senja
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa

RAHSIA kita BERDUA

♥ ♥ ♥

Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!

Contengan Cik Mussalmah pada 2:21 AM
Saya rasa : 
0 bagi komen


....

Salam

Dear All,

My name is SYA'ABAN.. I'm advising you that my neighbour RAMADHAN will be visiting you soon with his wife REZEKI and two children, SAHUR and IFTAAR.

They will be accompanied by three grandchildren RAHMAT, BARAKAH and TAUBAT. They will leave after thirty (30) days by EID airlines.

Treasure them and you will be blessed.

Thank you!



AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

May this coming RAMADHAN bring lot of NUR in our life.



....


Monday, August 9, 2010

KAWAN!

Contengan Cik Mussalmah pada 3:55 AM
Saya rasa : 
0 bagi komen
Kawan..
Bila rasa ingin menangis.. hubungilah aku.. bukan aku nak suruh kau berhenti menangis... tapi mungkin aku boleh menangis dengan kau... tapi tak leh ramai sangat.. nanti habih air mata aku...



Kawan...
Jika terasa tiba2 nak melarikan diri... jauh dari masalah... hubungilah aku... aku takkan suruh kau berhenti.. tapi.. mungkin aku akan berlari bersama kau agar masalah kau boleh selesai... tapi jangan laju sangat, aku lari tak larat.. aku nak kejar.. lemak aku banyak...




Kawan..
Jika kau kecewa keluargamu tak bahagia.. beritahulah aku.. aku takkan buat kau benci kepada ibu bapa kau.. tapi..terimalah segala ketentuan Allah...



Kawan..
Jika kau kecewa dengan hubungan kawan kau tu satu hari nanti... ceritalah pada aku.. aku takkan sebut nama lelaki/wanita itu... tetapi.. cubalah jadi wanita/lelaki yang lebih soleh & solehah...





Tetapi


Kawan..
Jika suatu hari aku berdiam diri.. aku tidak membalas mesej kau.. aku tidak angkat panggilan dari kau... hubungilah aku segera... sebab waktu itu aku..
ermmm.. aku amat perlukan kau...


Atau aku sudah TIADA lagi di dunia ini..



Luv u all so much KAWAN!!!

Friday, August 6, 2010

.Aku Lelaki Ego.

Contengan Cik Mussalmah pada 5:26 AM
Saya rasa : 
0 bagi komen

Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku.

Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.
Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu, dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah. Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja.

Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku,


Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…


Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.


Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia

Itu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.
Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.

Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku.

Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.
Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu.

Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau

Hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.


Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.


Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…


Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis,

Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..

Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.


Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.
Aku bisikkan ketelinganya,

Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf

Pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.


Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?

Jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.
Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia.

Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.
Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai. Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku.

Di atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.


Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok

Ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.
Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.

Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?

Aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.


Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi

Pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.
Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!


....................................................................



Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin. Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa.

Dia sedang makan bersama lelaki lain. Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.
Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.

Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.
Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku.

Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku.

Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala.

Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku.

Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku.

Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu.




Akhirnya,

aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.


 

♥ aku gadis gebu ♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review