Tuesday, September 28, 2010

♥ Kekanda Adinda Love Song! ♥

Contengan Cik Mussalmah pada 4:37 AM
Saya rasa : 
3 bagi komen
Ai sume! bulan ni i suke sgt dua buah lagu yang i slalu dengar kat HOT FM
i rase best sgt.. catchy!
nice sgt2..

1st song:

Kekanda Adinda
by Monoloque & Atilia


Walau ade yang cakap lagu ni tak best, ntah hape-hape la lagu ni tapi...
i still rase lagu ni BEST SANGAT!!!
cute sangat!
macam lagu lama-lama
old skool gitu..
ehehehe..

mesej yang lagu ni nak sampaikan pon bagus!
seswai untuk pasangan yang dah mendirikan rumah tangga.
yelah.. sebagai guideline..
isu ni mmg dah realiti sekarang!

suara Monoloque ni sweet sgt! sedap!
aww.. [hati dah terpaut berbunga-bunga
]
seswai dengan suara Atalia!
Suke sangat!!
the best song ever!!



**suke tgk monoloque ni. sweet sgt. selamba je. rambut die pon sempoi je! love it!**


Kekanda Adinda
by
♥ Monoloque & Atilia


Oh Kekanda, Jangan iri hati, Dinda naik pangkat lagi
Oh Adinda, Kanda mana dengki, malah Kanda support bini

Jadi Dinda mahu mengambil masa
Tapi Kanda mahu segera
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Tapi Kanda mahu cahaya mata

Dinda belum bersedia
Kanda dah beria ria
Jadi yang mana satu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
Oh Kekanda, Dinda perlu berhati-hati, tak rela dikongsi

Kanda kerja overtime, terlebih masa
Itu yang Dinda harus berwaspada
Ini semua demi masa depan keluarga
Dengan Dinda atau sebaliknya

Kanda kerja malam
Dinda kerja siang
Jadi bila nak bertemu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda
Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda
Oh bagaimana? Bagaimana kita nak selesaikannya?
Apa keputusannya?

Oh Kekanda mari nyawa, kita cuba komunikasi
Oh Adinda mari sayang, kita cuba toleransi

Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan
Kanda polar kutub utara
Dinda kutub selatan
Komunikasi, sikap toleransi, itu yang kita perlu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Walau kita sering dengan cara masing-masing
Kanda yang Perdana
Dinda yang Utama
Kanda segalanya
Dindalah nyawa
Kita tetap bahagia bila bersama sama
Bahagia bersama
Bersama selamanya
Bahagia selama-lamanya

**next song yg i minat post yang berikut eh!! sabar!!**
=) enjoy!

Monday, September 27, 2010

Antara Dua

Contengan Cik Mussalmah pada 10:53 AM
Saya rasa : 
0 bagi komen

Antara kawan dan kekasih

yg mana harus ku pilih?
kawan pengubat kesunyian
kekasih penyembuh kelukaan

antara kawan dan kekasih

yg mana harus didahulukan
kawan tempat mengadu
kekasih tempat bermadu

antara kawan dan kekasih
keduanya tak bisa ku sisih
kawan menghulurkan bantuan
kekasih memberiku sokongan

antara kawan dan kekasih
keduanya aku harapkan
kawan sekuntum senyuman
kekasih sepenuh perhatian

antara kawan dan kekasih
bilakah akan ku temui
kawan sejujur kata
kekasih setulus setia

andai kawan itu kekasihku
andai kekasih itu kawanku
akan ku hadiahkan
sedalam lautan
setinggi kayangan
kasih sayang yg tiada sempadan...

Terima Kaseh Ya Allah!

Contengan Cik Mussalmah pada 10:34 AM
Saya rasa : 
0 bagi komen
Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

1. untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, kerana

beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci
pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan
berpeleseran.

3. untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu
bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita
cukup makan.

5. untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan
rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai
tempat tinggal.

6. untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih
lagi boleh mendengar.

7. untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu
bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana
itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.

9. untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu
bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.

10.untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu
bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...


~Terima Kaseh Ya Allah atas segala kurniaan-Mu~

Friday, September 24, 2010

Walimatul Urus

Contengan Cik Mussalmah pada 7:21 AM
Saya rasa : 
0 bagi komen
(klik gambar untuk paparan yang lebih besar)

Jemput datang ye sahabat-sahabat!

Aippp..

Kakak saya yang kawen la.. Saya?
emm..
Sampai serunya, insyaAllah..
berserah padaNya je.
Jodoh pertemuan di tangan tuhan kan??
(^_^)

SELAMAT PENGANTIN BARU KAK NOOR!
SEMOGA BERKEKALAN HINGGA KE ANAK CUCU!
.AMIN.

p/s : Lepas kenduri ni mak dah buleh tido malam. Anak dara sulungnya baru je kawen. Anak dara keduanya pun dah kawen siap dah ade 6 org zuriat. Cume anak dara bongsu je tak kawen lagi! Cemane nak kawen?? Umo baru 24.. Duit tak kumpul lagi, CALON pon tak ade! Haishh.. Mak suh saya cari jodoh cepat-cepat! Pening! Adehh..

Ade yang sedang mencari jodoh tak? ahahaha.. =P
*_*

Tuesday, September 14, 2010

Demi Untuk MAK!!!

Contengan Cik Mussalmah pada 8:07 PM
Saya rasa : 
1 bagi komen

MAK!!!

Alhamdulillah..

Tahun ni diizinkan Allah S.W.T untuk beraya bersama keluarga tercinta.
Maseh diberikan juga kesempatan lagi mencium tangan dan pipi MAK di pagi hari raya.

Namun..

Sedihnye tak sempat nak rakam kenangan raya tahun ni @ tangkap gambar raya
sebab sibuk mengamalkan konsep 5M (diperkenalkan oleh En. Hisyrizal) iaitu
Makan.. Makan.. Makan.. Makan.. dan Makan..

ahahaha...

.................................................................................................

Raya tahun ni aku plan keje sampai hari khames (petang raya) sebab dalam hati dah niat takmo kemas umah. ahahaha.. tapi apakan daya..

Setiap niat tak baik takkan direstui oleh Allah SWT..

Hari Selasa malam, aku ngan kak Shareen sibuk dok mengemas opis sampai pagi. Orang laen sibuk mengemas rumah, kami sibuk mengemas opis! Macamlah sedara mara nak datang beraya di opis! =.=

Hari khames tu plak, Tengahari tu aku ngan kak shareen niat nak mengulau! ahahaha.. aku plan nak beli baju raya.

Sampai Melaka Mall, kete aku plak problem. Temperature tetibe je naik! adehh.. naseb baik sempat masuk parking. uhuhuhu.. tu la! niat tak baik! uhuhuhu.. time kaseh kepada Seneng dan Mr. Alan (mekanik yang paling jujur aku pernah jumpa!) sebab tolong baiki kereta kesayangan ku itu!

terbang gak lah RM30!! =.= takpe, demi keselamatan ku juge!

MALAM RAYA - tibe di umah mak kul 8.10 malam. Anak buah-buahan sibuk maen mercun ngan bunga api! syoknye jadi kanak-kanak.Teringat zaman mude-mudi dulu, Takyah pikir pasal kemas umah, pasang langsir, masuk kueh raye dalam balang, tukar kusyen! adehh.. zaman tu dah berlalu pon! masuk je dalam rumah...

YA ALLAH.. RUMAH TAK KEMAS LAGI!!

adehh.. kakak aku cakap, jap lagi die nak kemas. tunggu anak buah-buahan aku tido dulu. Fuhh.. Lega! leh la aku rehat-rehatkan badan. Almaklumlah penat tak hilang lagi + tak cukup tido! tapi semua penat tu hilang, bila mak panggil masuk bilik dia. mak cakap "Adek dah ade baju raya lum?" aku cakap " ade! " mak cakap "Ooo.. mak ingat adek tak ade baju raya lagi. Mak dah tempahkan baju raya untuk adek"

terharu sungguh rasanya!!


Time kaseh mak!! Sayang MAK!!!


kul 11 malam, kakak aku yang beria nak kemas umah tuh dah berbongkang tido!!! sume orang da tido! tinggal aku ngan anak buah aku yg kedua je yang tak tido lagik!

tak bole jadik ni. malam tu jugak aku basuh pinggan mangkuk, kemas dapur, mencarik balang kueh raye dalam rak berhabuk, angkat sofa, susun sofa, lap sofa, betulkan langsir, sapu sampah, bla.. bla.. bla.. akhir sekali isi kueh raye dalam balang! waktu tu pukul 4.10 pagi! huh! naseb baek anak buah aku yang darjah 3 ni tolong! kalo tak, pingsan lah aku wat surang-surang!!! =)

aku tak ingat kul bape aku terlelap, aku sedar-sedar aku tengok mak aku tengah dok sapu ubat kat ibu jari tangan aku yang membengkak. mase tu baru pukul 5 suku pagi.Time kaseh mak sebab sapu ubat kat ibu jari adek! sayang mak!! pas tu aku terus sambung tido balik..

MISI TERCAPAI : kemas umah dengan bersungguh-sungguh! tiap-tiap tahun pon memang macam ni. Orang laen tido, aku sibuk tung tang tung tang kemas umah di malam raya! =.= baru niat takmo kemas umah, tapi apekan daya! Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita!

1st Syawal - Lepas Solat Hari Raya, balik umah. Makan-makan. then baru sesi salam menyalam. mintak maaf. pastu sesi hulur duwet raya! pastu sambung makan lagi. Dalam kul 9.30 pagi, baru gerak gi kubur Abah (rindu abah!! T.T).. baca Yasin dan curah air kat kubur abah. muge arwah Abah tenang di sana. Amin.

Balik dari kubur, aku makan lagi! Dalam kul 3.00 petang baru gerak gi umah kakak tiri aku. kat sana makan 3 pinggan nasi lemak! Perghhh!! memang sedap sangat nasi lemak kakak aku ni! feberet aku tu!!! =P

sayang kak ros!! pastu terus beraya kat umah paklong dan pak ngah sampai kul 9 malam.. huh.. syoknye raye!!!


2nd Syawal - Rumah diserbu oleh ramai saudara mara! adehh.. tak menang tangan! aku plak, 2 3 kali gi kedai beli ais ngan lemang! adehh.. penat.. dalam kul 4 petang baru lah boleh releks siket. Tu pon mak aku dok mengajak beraya rumah saudara mara yang laen! aku plak penat sampai tertido! bangun tido, tengok mak aku dok merajuk kat dalam bilik! adehh.. Makk.. Maapkan adek ye. tuday penat sangat! sok kite gi beraya eh! sayang mak!

3rd Syawal - huh! bangun pagi, mak aku dah kerah semua orang mandi! Cepat!! nak gi beraya ni! kang lambat!! yela2.. taim nak gerak, aku tengok, tayau kete kesayangan aku plak pancit! satu tayau nak kempis, satu tayau dah koyak sangat! tapi, kete aku ni spesel. dalam keadaan begitu pon boleh dilenjan sampai masjid tanah! WHY 695 - aku sayang kamu!

Sampai kedai tayar, aku suh cina tu tukau tayau seken hen je.. almaklumlahhh.. bajet larikk plak!!! mak aku plak cakap "tukau je la yang baru!!! kan senang. lagi selamat!!! " dalam hati aku menangis.. "mak.. adek tak cukup duet nak tukau tayau baru. mak seponser lahh!! ehehehe.. " tak disangka-sangka mak aku bayar 1/2 harga tayau! macam dia dengar je kata hati aku ni!

SAYANG MAK!!! TIME KASEH MAK!!

aku plak kenelah bayau yang separuh lagi la. Terbang lagik RM100..

takpe! aku tahu! Allah tahu ape yang terbaik untuk aku! Maybe kalo aku tak tukar tayau or amek tayau seken hen, takot tak selamat. Dah la yang aku bawak adelah mak aku! Time kaseh Ya Allah! Lepas tukau tayar(siap wat belensing ngan eliment skali tuu..) boleh la jalan raye puas-puas!


MASJID TANAH - KLEBANG - TANJUNG BIDARA - BUKIT SENGGEH, NYALAS - PAYA IKAN - BACHANG - ALAI(makan ikan bakau) - MASJID TANAH!

Fuhh.. jauh giler berjalan raye! =P aku? Penat tak terkata!!! yelah! aku drive, sume tido!! T.T
takpelahh!! dah tugas sebagai DEREBAR!!

Jauh dilubuk hati aku, aku tak kisah!
Demi untuk menyenangkan hati MAK!!
adek sanggup jadi DEREBAR mak sepanjang hidup!!
Sayang MAK!!!!


Monday, September 6, 2010

Suami Orang

Contengan Cik Mussalmah pada 4:10 AM
Saya rasa : 
2 bagi komen

Adehh..

Dah bersawang blog aku ni..
lama dah tak update!
yela, sibuk kerje.. sibuk bermukabuku.. sibuk berdot dot dot..
kehkehkeh..

sebenarnya aku da lame nak luah pasal SUAMI ORANG ni
tapi aku simpan saje dalam hati..
yelah.. ♥♥ SOAL HATI ♥♥ ..
kene la simpan dalam hati!

adehh...

begini...

......................................

tersebutlah al-kisah..
eh.. jap.. macam cite dolu-dolu lak..
hmm...

aku hairan lah!
kenapa kebanyakan lelaki yang berstatus SUAMI ORANG
suka bergalak-galak dengan perempuan lain
sedangkan isteri begitu taat kepadanya??

tak cukup kasih sayang kah??
tak cukup belaian manja kah??
tak cukup cinta kah??

kalau tak cukup semua tu..
masakan lahirnya anak-anak
hasil benih kasih sayang cinta dia dan isterinya??

kalau ditanya berkenaan hal ini,
pantas je jawabnya..
"Eh.. Apa kau kesah! Aku kan LELAKI.. Quota kan ada 4.. maseh ada 3 yang kosong!!"

Aku sebenarnya bukan nak SPOTLIGHT isu POLIGAMI ni..
dan aku tahu..
ternyata itu kelebihan yang ALLAH berikan kepada kaum ADAM..
boleh didampingi 4 orang isteri..

TAPI..
jangan guna alasan itu untuk sesuka hati
membuka cawangan di sana sini
pokok pangkalnya
kaum ADAM kene sedar dengan kemampuan diri sendiri
MAMPU ke tanggung DUA orang ISTERI??
MAMPU ke jadi AYAH yang ADIL??
MAMPU ke menyara anak-anak??

MAMPU ke???

secara jujurnya..
andai aku telah berkahwin nanti
aku izinkan suami aku berkahwin lain
sekiranya dia menyatakan hasratnya itu
TAPI
dia mestilah BERKEMAMPUAN dan ADIL!

cuma aku kesal..
ada sesetengah lelaki yang tidak hormat perasaan isterinya
contohnya..
[kejadian ke atas diri aku]

suatu malam..

tett tett.. tett tett..
mesej diterima
dari En. Suami Orang

" Hai sayang.. buat apa tu?" "Ai.. tak buat ape.. duk-duk je. Nape?"
"Rindulah!! tak rindu abg ke?"

aku malas nak balas..


terus bunyi panggilan telefon..
Panggilan Diterima
Dari En. Suami Orang

" Ello. Salam. Mus watpe tu? da makan?"
"Adeh.. kan da tanye tadi.. tgh duk2 je. da makan dah."
"Oooo.. makan tak ajak abg pun. Dengan sape tu?"
"Sorang je. Abg kat mane ni?"
" Kat umah lah.."
"Oooo... wife abg mane?"
" Dia dah tidur da.. Abg kat bilik lain ni.. Rindu kat Mus.. tu yang fon tu.."
" Adehh.. watpe rindu kat mus lak?? abg kan dah ada isteri.. "
"Ala.. abg nak manja-manja dengan mus.. boleh tak??"

WTF!!!

Papp..
aku letak tipon
adehh...
ape punye lelaki lah macam ni
isteri tengah tidor, dia sibuk telefon pompuan lain..

aku malas nak melayan..
terus aku matikan fon..

Namun, aku tahu
kaum HAWA juga akan dipersalahkan
" Alah.. yang pompuan tu gedik melayan SUAMI ORANG kenapa??"
" Isteri aku tak pandai layan aku kat umah. ape salahnya aku cari pompuan lain??"

oii cik abang..
jangan nak salahkan isteri-isteri lak
dulu kamu bercinta bagai nak rak!
kentut pon bau wangi!!

mana pergi sumpah janji setia tu semua??
tak fikir ke kalo wife kamu tahu yang kamu ada perempuan lain??
ape perasaan wife kamu tu??
tak kesian ke??
sampai ke hati nak lukakan hati ibu kepada anak-anak kamu tu??

now dah kawen..
anak berderet-deret..
boleh la kamu wat alasan isteri tak pandai layan kan??

DAN

pompuan-pompuan single yang lain plak
yang korang ni suka sangat melayan suami orang ni kenapa??
dah gatal sangat ke??
korang tak rasa kesian ke kat isteri suami orang tu?
memanglah suami orang ni STABIL, CARING, PENYAYANG bagai
tapi korang pikirlah!
korang nak ke SUAMI korang bergayut ngan pompuan laen bile korang tido??
korang nak ke SUAMI korang cari pompuan laen??

"ala.. suami aku takkan cari pompuan lain.. aku CANTIK!!"

cehh.. korang ingat cantik tu tiket kebahagiaan ke??
ramai jugak isteri-isteri orang yg chantek-chantek belaka ni
kene madu,
kene tinggal, kene cerai, kene TIPU!!

satu je yang kite kene pegang..
"ANDA BUAT, ANDA DAPAT"
Apa yang kita buat sekarang, di lain masa orang akan buat sama ape yang kita buat.
ingat!! Kalau tuhan nak tunjukkan, DIA akan tunjukkan..
DIA bayar CASH tau.. $$$

ehh.. terEMO lak..
ehehehe...
aku berharap agar jika aku tak melayan golongan SUAMI ORANG ini sekarang
mudah-mudahan bakal suami ku nanti tidak mengejar perempuan-perempuan lain..

.amin.

 

♥ aku gadis gebu ♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review