Monday, January 23, 2012

Elaun COLA Bagi Penjawat Awam & Swasta Bermula Februari 2012

Contengan Cik Mussalmah pada 7:02 AM
Saya rasa : 

PENGUMUMAN BARU OLEH PM (Elaun Sara Hidup COLA)

PEKELILING 11



Kerajaan bersetuju memberikan Elaun Sara Hidup (COLA) tanpa mengira pangkat dan tempat bertugas semua pekerja awam dan swasta sebanyak RM500.00 sebulan berkuatkuasa Februari 2012 bagi menampung kenaikan harga minyak dan barang-barang. Langkah yang serupa disarankan kepada pihak swasta bagi menjamin keharmonian rakyat. Elaun COLA ini boleh dituntut di semua Pejabat Pos dan BSN di seluruh negara mulai jam 1 pm hingga 4 pm pada setiap hari kecuali hari Jumaat, Sabtu dan Ahad serta hari-hari kelepasan am. Kakitangan awam & swasta perlu menunjukkan kad pengenalan diri Jabatan untuk mendapatkan borang permohonan dan wang akan dibayar selepas penyerahan borang yang lengkap beserta dengan syarat2 berikut :-
  1. Surat Perlantikan Kerja - Original
  2. Surat Pengesahan Kerja- Original
  3. Surat Akuan Majikan - (tempat terakhir masih brtugas) dan
  4. 100 Penutup Botol Coca-Cola (baru sesuai dengan namanya Elaun COLA)
Hahaha. Dah baca? Pergi sambung kerja. Kalau pasal DUIT semua tak sabor nak baca eh?

"SENYUM....TAK PERLU KATA APA-APA" !!




0 bagi komen on "Elaun COLA Bagi Penjawat Awam & Swasta Bermula Februari 2012"

Post a Comment

 

♥ aku gadis gebu ♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review