Thursday, December 17, 2009

5 minit lagi!

Contengan Cik Mussalmah pada 3:00 AM
Countdown : 4.59s

Assalammualaikum semua ...

Hari ini, 17 November 2009 bersamaan 30 Zulhijjah 1430H..

Aku dah menghabiskan seluruh tenaga aku pada petang tadi mencari template comel untuk blog yang aku create untuk kedua kalinye ni.. Jadi, aku nak mulakan tulisan blog aku tepat-tepat masuk tahun baru hijrah. Sepatutnye kini aku berada di hamparan sejadah untuk menunaikan kewajipan sebagai umat Islam dan membaca doa awal tahun kan?? Jangan cepat salah sangka. Bukan aku tak mahu tunaikannye, namun disebabkan keuzuran bulanan ku ini, tidak dapat aku tunaikan kewajipan tersebut. Itulah keistimewaan wanita kan???


Countdown : 3.23s

Sebelum memasuki 1431H ini, aku mengharapkan tahun ini merupakan tahun yang akan memberikan banyak perubahan kepadaku dari semua segi. Kate pendeknye, berubah dari yang kurang baik kepada yang lebih baik. Ameen, mudah-mudahan. Saje aku mahu mula menulis blog ini ketika mahu memasuki tahun baru hijrah. Untuk mendapat Kab Ba Ra Kab Alif Ta Nun (Keberkatan). Moga segala azam, impian, cita-cita dan harapanku untuk tahun baru ini menjadi kenyataan.

Countdown : 1.44s

Ape azam, impian, cita-cita dan harapanku tu?? aish.. mane bole kongsi. biarlah aku je yang simpan. sibuk la kamu ni. Ekekeke... Jangan sibuk bertanyakan azam orang laen, tetapi fokuslah kepada azam diri sendiri. Kerna azam diri sendiri yang perlu kita capai kan? bukannye azam org laen? [aku segan nk kongsi azam baru aku sebenarnye.. takot kene kutuk..ahahaha]............ ape lagi aku nak cakap ni ek di hujung tahun ni??......(terbuang 20 saat)

Countdown : 0.32s

Ohh... lupe la.. aku minta maaf atas segala kesalahan aku kepada sesiapa yang terase hati ngan aku. Sori ye kwn-kwn.. ehhh... Da nak masuk tahun baru.. Last sentence dari aku : Selamat Berkenalan kepada kawan-kawan baru yang baru jumpe blog aku yang "best ke" ni??? kalau da terbace blog ni, kamu da diwajibkan untuk jadi peminat blog aku ni.. ahahahaha... =P

Countdown : 0.00s

Ohhh.... ok... SALAM MAAL HIJRAH YE KWN_KWN... Jom bace Doa Awal Tahun.. @_@ [da bace Doa Akhir Tahun blom?? jgn buat-buat lupe haa...]




0 bagi komen on "5 minit lagi!"

Post a Comment

 

♥ aku gadis gebu ♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review